EGG TART
Bahan Pastri
125 gm butter
60 gm gula icing
1/2 biji putih telur
1 biji telur merah
220 gm tepung gandum
1/2 sudu teh esen vanila
Semua bahan di atas diadun hingga menjadi doh. Bentukkan doh dlm acuan, cucuk2 dengan garpu dan bakar selama 8-10 minit atau separuh masak pada suhu 175'C.
Bahan Kastard telur
280 gm susu segar
160 gm gula
3 biji telur
1 sudu teh esen vanila
Susu segar dan gula dimasak di atas api hingga semua gula larut. Tutupkan api. Dengan menggunakan whisker, masukkan telur dan esen vanila. Kacau perlahan-lahan sahaja. Kemudian tapiskan.
Masukkan adunan ini ke dalam tart yang separuh masak tadi dan bakar selama 15-20 minit pada suhu 175'C. Sejukkan sebelum dialihkan dari acuan.
Tudung Layer
-
Dah lama berangan nak jahit tudung layer2 nie. Cantik-cantik tudung layer
nie kalau dipadankan dengan tona warna yang sesuai. Trend sekarang bukan
setakat ...
12 years ago
No comments:
Post a Comment